Kenyataan Untuk Aku..
30.7.12 ? 0 Comment Love You
XOXO N. Thanks for reading ^_^
Older Post . Newer Post
Kisah aku hanyalah aku pada mulanya, kerana aku adalah aku.
Aku akan tetap menjadi diri aku kerana itulah nilai diriku untuk
kehidupan ini. Barangkali inilah takdir kepada permulaan
perjalanan hidupku. Aku, diriku dan hanya aku.
Perjalanan hidupku dirasakan seperti akan melalui liku-liku
kehidupan secara bersendirian kerana hati sekeras kristal ini
sememangnya berdiri tegak di menara impian dan tiada apa
yang dapat menandinginya.
Tatkala dipertengahan perjalanan, ribut melanda, keadaan
semakin goyah dan hati kristal yang keras itu jatuh ke dalam
lautan yang barangkali tiada dasarnya. Syukur kepada-NYA
kerana ada yang menyambut. Hati yang keras tadi tiba-tiba
menjadi lembut dan dipegang dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih cinta kerana hadir dalam hidupku memberikan
sinar yang baru dalam mengharungi kehidupan yang penuh
pancaroba ini. Kini hati ini bukan lagi hanya aku, diriku,
dan hanya aku. Sebaliknya untuk untuk dikongsi bersama
cinta. Cinta yang membawa aku pergi lebih jauh daripada
realiti kehidupan yang sedia ada...
(INILAH KENYATAAN UNTUK AKU)